Soalan :
Si isteri meninggal dunia dan meninggalkan seorang suami, seorang anak perempuan dan 2 orang saudara perempuan seibu sebapa.
Jawapan :
Sebab-sebabnya :
Suami ➡ Mendapat 2/8 bahagian iaitu 1/4 bahagian daripada harta pusaka isteri kerana isteri mati ada anak.
? Jika isteri mati tiada anak, maka suami akan mendapat lebih lagi iaitu 1/2 bahagian (setengah daripada harta peninggalan isteri).
Anak Perempuan ➡ Mendapat 4/8 bahagian iaitu setengah (1/2) daripada harta pusaka ibunya (si mati) kerana waris ini satu-satunya anak perempuan tunggal.
? Jika Anak Perempuan bilangannya 2 dan lebih, maka anak-anak perempuan tersebut akan berkongsi 2/3 bahagian sesama mereka.
Saudara Perempuan Seibu Sebapa (adik-beradik si mati) ➡ Mendapat Asabah Maal Ghair عصبة مع الغير, iaitu Baki.
? Baki bergantung pada lebihan harta pusaka dalam sesuatu kes, tidak tetap dan boleh berubah.
? Jika ada baki, baru lah lebihan harta pusaka akan dikongsi sesama waris penerima baki itu samada seorang atau ramai.
? Jika tiada baki, maka waris penerima baki tidak akan mendapat apa-apa bahagian.
? Dalam kes ini, setelah diagihkan dahulu kepada suami dan anak perempuan si mati, didapati ada lebihan harta pusaka iaitu sebanyak 2/8 bahagian.
? Maka, 2 orang Saudara Perempuan Seibu Sebapa, setiap seorang akan mendapat baki sebanyak 1/8 bahagian.


