Soalan :
Simati telah mewasiatkan rumah kepada anak sulungnya yang memang berhak ke atas pusaka peninggalan ayah tersebut. Terlebih dahulu kita perlu memahami apa itu maksud wasiat.
Jawapan :
Wasiat adalah pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak. Menurut mazhab Syafie, wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak.
Wasiat ini hanya boleh diwasiatkan kepada bukan ahli waris sahaja dan dengan syarat tidak melebihi ⅓ harta pusaka simati (setelah ditolak hutang dan sebagainya).
Bertepatan dengan hadis nabi bersabda:
"إن الله قد أعطى كل ذي حق حقه؛ فلا وصية لوارث"
Mafhumnya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan pada setiap orang hak yang berhak diterimanya dan tidak ada wasiat untuk ahli waris. "
Dalam kes ini, anak sulung memang ahli warisnya dan memang tak berhak secara wasiat untuk rumah tersebut setelah kematian si mati tersebut.
Tetapi sekiranya anak sulung tersebut ingin juga memperolehi rumah tersebut berdasarkan kepada wasiat ayahnya, dia boleh mengambil tetapi dengan syarat setiap ahli waris yang berhak ke atas pusaka tersebut bersetuju dengan wasiat tersebut. Dan ini telah masuk dalam pembahagian harta pusaka secara muafakat, bukanlah lagi dengan cara pembahagian faraid.
Dan setiap ahli waris yang bersetuju itu perlulah memenuhi beberapa syarat antaranya adalah:


