Pasangan Tiada Anak

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Perkara yang perlu anda sedia maklum apa akan berlaku sekiranya anda atau pasangan anda meninggal dunia, antaranya;

■ Jika suami anda meninggal dunia, anda sebagai isteri hanya mewarisi 1/4 bahagian ke atas harta pusaka suami jika suami tiada anak kandung.
- SELEBIHNYA akan menjadi hak ibubapa dan adik beradik suami anda.



■ Jika isteri anda meninggal dunia, anda sebagai suami hanya mewarisi 1/2 bahagian ke atas harta pusaka isteri anda jika isteri tiada anak kandung.
- SELEBIHNYA akan menjadi hak ibubapa dan adik beradik isteri anda.

■ Jika pasangan anda mempunyai anak kandung hasil perkahwinan sebelum ini, maka anda sebagai isteri hanya mewarisi 1/8 bahagian daripada harta pusaka suami anda. Jika anda sebagai suami, hanya 1/4 bahagian yang boleh anda warisi daripada pusaka isteri anda.

■ Gunakan kaedah hibah atau deklarasi harta sepencarian untuk memastikan hak pasangan anda. Jika tidak boleh semua harta, lakukan ke atas aset² yang bernilai tinggi seperti aset tidak alih antara rumah dan hartanah.

■ Kebiasaan yang berlaku, kesulitan untuk mewarisi harta pusaka pasangan anda kerana melibatkan waris-waris yang anda tidak biasa berurusan dengan mereka.

--------------------------------------

Jangan tinggalkan pasangan anda dalam keadaan yang sukar. Mudahkan urusan perwarisan pusaka dengan menyediakan dokumentasi hibah atau deklarasi harta sepencarian.

Mati tidak kenal usia, bertindaklah sekarang!

HUBUNGI KAMI

 

 

 

 

No 1, 1st Floor, Susuran Senangin,

Pusat Perniagaan Shahab Utama,

Lebuhraya Sultanah Bahiyah,

05350 Alor Setar, Kedah

 04-7327003/7005           

 +60133488905

 assacio13@gmail.com

 

 

©2026 Adilah Salleh Associates. All Rights Reserved.

Search