Tiada Anak Lelaki, Hanya Ada Anak Perempuan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Anda mempunyai anak perempuan sahaja. Tiada anak lelaki.

Perkara yang perlu anda tahu, jika tidak mempunyai anak lelaki.



■ Anak-anak perempuan anda akan berkongsi harta pusaka yang anda ditinggalkan dengan adik-beradik anda (Ibubapa saudara kepada anak perempuan anda) jika ketika anda meninggal dunia, anda;
- Tidak mempunyai bapa, dan
- Tidak mempunyai cucu lelaki daripada anak lelaki, dan
- Tidak mempunyai datuk dan ke atas

■ Jika anda hanya mempunyai seorang anak perempuan, dia hanya akan mewarisi 1/2 bahagian ke atas harta pusaka yang anda tinggalkan. Jika mempunyai 2 orang atau lebih, maka mereka akan berkongsi sama rata ke atas 2/3 bahagian ke atas harta pusaka anda.

■ Penglibatan waris yang ramai kebiasaannya akan menyukarkan proses turun hak milik. Kemungkinan nama mereka akan turut sama ada dalam geran hartanah, walaupun peratusan bahagian mereka adalah sangat sedikit.

■ Buat perancangan harta ke atas aset-aset yang sukar untuk dibahagi-bahagikan seperti rumah dan hartanah. Gunakan dokumentasi hibah untuk memastikan adik beradik anda tiada bahagian ke atas aset tidak alih tersebut.

■ Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar daripada puaska si mati. Maka, tidak ada bahagian yang boleh dituntut oleh waris lain kecuali penerima hibah sahaja.

■ Hibah yang anda berikan kepada anak kandung boleh ditarik balik tanpa perlu meminta izin penerima hibah tersebut. Selagi anda mempunyai kuasa ke atas harta tersebut.

■ Dokumentasi hibah yang kami buat memastikan anda masih mempunyai kuasa mutlak ke atas harta yang telah dihibahkan. Berhati-hati dengan hibah yang dibuat pihak lain, yang menghilangkan kuasa mutlak anda sehingga mendatangkan mudarat kepada anda kemudian hari.

Buat perancangan ke atas harta yang bakal anda tinggalkan. Jangan tinggalkan kesukaran untuk waris anda yang akan menghadapinya. Hibahkan harta yang anda tidak mahu ia dikongsi kepada pihak lain.

Bertindak sebelum terlewat !

HUBUNGI KAMI

 

 

 

 

No 1, 1st Floor, Susuran Senangin,

Pusat Perniagaan Shahab Utama,

Lebuhraya Sultanah Bahiyah,

05350 Alor Setar, Kedah

 04-7327003/7005           

 +60133488905

 assacio13@gmail.com

 

 

©2026 Adilah Salleh Associates. All Rights Reserved.

Search