SIAPAKAH yang lebih berhak untuk mendapatkan hak jagaan anak?
.
Apakah kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan hak untuk jagaan?
.
.
Pertengkaran antara suami dan isteri seringkali menghiasi fail-fail dalam mahkamah. Masing-masing semuanya mengaku bertanggungjawab dan mereka adalah lebih berhak untuk mendapatkan hak jagaan anak. Tanpa mereka sedar, pergaduhan ini sedikit sebanyak menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. “Ibarat gajah sama gajah berperang, pelanduk mati ditengah-tengah. “
Persoalannya,?
Secara asasnya, ibu adalah orang yang paling layak untuk menjaga anak, berdasarkan hadis RasulAllah s.a.w :
"Suatu hari seorang wanita datang menghadap RasulAllah s.a.w lalu bertanya, Ya RasulAllah, ini darah dagingku, perutku dulu menjadi tempat tinggalnya, kedua susuku menjadi sumber minumannya, dan pangkuanku menjadi tempat tidurnya. Akan tetapi setelah aku bercerai, suamiku ingin memisahkan aku dengan anakku. RasulAllah lalu bersabda, “engkau lebih berhak terhadap anak itu selagi engkau belum bernikah lagi”.
(Hadis riwayat Abu Daud)
Menurut kitab “fiqh islam waadillatihi” karangan Dr. Wahbah Az-zuhaili, antara syarat khas bagi wanita sebagai hadhinah (penjaga) adalah:
1) Perempuan yang sudah bercerai, namun masih mempunyai anak kecil, boleh memelihara anaknya dengan syarat belum bernikah lagi dengan lelaki lain.
Pendapat ini adalah pendapat yang telah disepakati dalam kalangan ulama kerana hadis yang berbunyi “engkau lebih berhak terhadap anak itu selagi engkau belum bernikah lagi”. Syarat ini ditetapkan kerana berkemungkinan ayah tiri akan melayan anak tirinya dengan kasar, sedangkan ibu kandung anak tersebut sibuk dengan tugasannya sebagai seorang isteri.
2) Perempuan yang menjadi penjaga tersebut adalah mahram kepada dengan anak tersebut.
3) Perempuan tersebut tidak akan berhenti daripada menjadi penjaga kepada anak tersebut walaupun ayah kepada anak tersebut tidak mampu untuk menyediakan nafkah. Jika perempuan tersebut lari dari tugasnya sebagai hadhinah kerana ayah anak tersebut tidak mampu untuk menyediakan nafkah anak tersebut, dan anak tersebut dijaga oleh orang lain, maka haknya sebagai hadhinah akan gugur.
4) Perempuan tersebut tidak tinggal dengan orang yang dibenci oleh anak tersebut walaupun orang itu adalah kaum kerabat terdekat.
Bagaimana pula dengan sekiranya orang yang menjaga itu tidak mempunyai tempat tinggal?
Bagaimana dia hendak menjaga sedangkan dia tidak mempunyai tempat tinggal, sudah tentu akan mendatangkan kemudaratan kepada anak tersebut.
Menurut Ulama Hanafi dan Maliki wajib untuk menyediakan nafkah tempat tinggal kepada anak tersebut dan orang yang menjaganya, kerana nafkah tempat tinggal adalah sebahagian daripada nafkah wajib kepada anak terebut. Dan tanggungjawab untuk menyediakan nafkah ini adalah tanggungjawab ayah.
Meskipun syarak menetapkan ibu orang yang paling berhak terhadap hadanah, hak itu tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan. Jika seseorang ibu itu tidak dapat memenuhi syarat-syarat ditetapkan, hak dan tanggungjawab hadanah akan jatuh kepada orang yang seterusnya mengikut turutan ditetapkan.
Kesimpulannya, anak yang telah diamanah bukanlah satu alat untuk pasangan
membalas dendam terhadap pasangan.
Anak adalah satu tanggungjawab dan
amanah yang akan disoal oleh Allah. Seharusnya dalam menentukan siapakah
yang lebih layak untuk menjadi penjaga, kebajikan anak tersebut adalah diutamakan terlebih dahulu …


