Satu kes yang saya dengar di Pejabat Pusaka di Kedah. Salah seorang waris yang datang dari jauh, salah satu daerah di negeri Pahang datang untuk membuat permohonan harta pusaka di sini.
Dia ditanya tidak ada waris lainkah yang menetap di sini?
Dia cakap ada waris yang tinggal di Kedah ini. Dan dia menambah lagi bahawa dia adalah KEPALA WARIS, jadi dialah sahaja yang layak untuk membuat permohonan pusaka tersebut.
Sebenarnya SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON PEMBAHAGIAN PUSAKA tersebut ?
Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut :
1. Waris - waris si mati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
2. Pemiutang dan pengkaveat;
3. Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
4. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
5. Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
6. Amanah Raya Berhad.


