Isteri Diceraikan Berhak Menerima Harta Pusaka?

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Di sini kita akan pecahkan status perceraian ini kepada 2 bahagian.

Talak Raj'ie
Talak Bain.

1. Isteri yang telah diceraikan dengan perceraian tolak raj'ie yang masih dalam tempoh iddah adalah berhak kepada harta pusaka bekas suaminya.                                 

Ini adalah kerana tempoh iddah masih belum tamat dan pasangan ini masih ada hak untuk rujuk kembali sebagai suami isteri yang sah.

Sekiranya tempoh iddah sudahpun tamat, barulah bekas isteri tiada hak mewarisi pusaka bekas suaminya.

2. Ada pun talak ba'in, sama ada bercerai talak tiga, bercerai sebelum bersetubuh, khulu' (tebus talak) atau fasakh, maka isteri tidak boleh mewarisi harta pusaka bekas suami tersebut.

Contohnya kes isteri yang diceraikan dalam keadaan pasangan ini belum lagi melakukan hubungan kelamin, menjadikan perceraian mereka sebagai perceraian yang tiada tempoh iddah.                              Bekas isteri berhak berkahwin tanpa adanya tempoh bertenang atau tempoh menunggu. Jadi, situasi ini menjadikan bekas isteri sudah hilang hak pewarisan terhadap bekas suaminya.

Bagi kes talak tiga, hak rujuk tiada dan juga hak pewarisan sudah tiada.

Bagi perceraian secara khulu atau fasakh, pembubaran perkahwinan melalui kaedah ini juga menjadikan perceraian berstatus talak ba'in dan hak pewarisan juga telah hilang kepada bekas suami/isteri masing-masing.

HUBUNGI KAMI

 

 

 

 

No 1, 1st Floor, Susuran Senangin,

Pusat Perniagaan Shahab Utama,

Lebuhraya Sultanah Bahiyah,

05350 Alor Setar, Kedah

 04-7327003/7005           

 +60133488905

 assacio13@gmail.com

 

 

©2026 Adilah Salleh Associates. All Rights Reserved.

Search