3 Perkara Yang Perlu Disegerakan Selepas Kematian Seseorang

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

3 Perkara Yang Perlu Disegerakan Selepas Kematian Seseorang
Kita semua pasti mati. Tak kira MUDA @ TUA...
.
Cuma siapa mati dahulu sahaja….



Tak kan kita nak biarkan “ROH” MAK, AYAH, ATOK, NENEK, ABANG, KAKAK kita TERAWANG-AWANGAN…

& & &

korang nak ke??? ROH KORANG SENDIRI yang terawang-awangan…
.
.
Jadi, apabila berlaku kematian, cepat-cepat buat perkara berikut:
.
.
✔️Uruskan jenazah si mati
✔️Selesaikan hutang si mati
✔️Urus pusaka si mati
.
.
1️ Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah.
Anak-anak / waris terdekat merupakan orang utama yang patut menguruskan jenazah ibu bapa mereka. Jangan tahu kira harta yang ditinggalkan sahaja.
.
.
2 ️Selesaikan Hutang Bagi Pihak Si Mati
Ayat terpanjang di dalam Al-Quran merupakan ayat yang menerangkan tentang hutang. Ayat 282 surah al-Baqarah ini bermula dengan:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ada urusan hutang yang perlu diselesaikan pada tempoh masa tertentu, maka catatlah …
Ayat ini menunjukkan setiap hutang perlu dicatat. Kerana hutang bukan perkara main-main.

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W tidak mahu solatkan jenazah yang masih berhutang sehingga Sahabat bernama Abu Qatadah menjamin hutang tersebut.

Pernah didatangkan jenazah kepada Nabi saw untuk disolat, namun Baginda bersabda: “Solatlah untuk sahabat kalian. Sesungguhnya ia masih mempunyai hutang.”

Abu Qatadah lalu berkata, “Aku yang menjaminnya.”

Nabi saw bertanya lagi, “Dengan sempurna?”

Abu Qatadah menjawab, “Dengan sempurna.”

Dan hutang yang menjadi tanggungan jenazah itu adalah 18 atau 19 dirham.
(Hadis Sahih direkodkan oleh Imam Ibn Majah)

Justeru, pastikan orang yang rapat dengan kita khususnya pasangan tahu mengenai semua hutang-hutang kita. Siapa lagi yang dapat menguruskan hutang tersebut kalau bukan pasangan kita sendiri?

Maka sila pastikan catatan harta & hutang ini dibuat dengan baik dan sistematik.

Bayar hutang si mati dahulu sebelum bahagi harta.
Isteri Jarang Letak Suami Sebagai Penama
Kebanyakan isteri jarang sekali meletakkan nama suami sebagai penama harta mereka.

Antara sebabnya?
Tak mahu suami mereka berkahwin lagi. Atau dalam maksud sebenarnya, tidak percaya kepada suami.

Sedangkan masa bercinta berjanji mahu memetik bintang di langit. Berenang dalam lautan api. You jump, I jump. Di manakah bara api percintaan yang pernah berputik di hati satu ketika dulu.

Perkara ini menyebabkan hutang piutang dan harta pusaka lambat diuruskan dengan baik. Ada isu harta sepencarian barangkali. Letak nama ibu bapa yang barangkali telah tua yang menyukarkan mereka turun naik pejabat tertentu untuk menuntut harta. Letak nama anak yang barangkali masih belum cukup umur untuk menguruskannya kelak.

3 ️Urusan Harta Pusaka
Seterusnya urusan harta pusaka.
Malangnya dalam masyarakat kita, harta pusaka ini dianggap taboo untuk dibincangkan.

“Kubur arwah masih merah, sudah buka cerita tentang harta pusaka.”

Walhal, ketika itulah masa yang paling sesuai untuk berbincang kerana semua waris berkumpul pada satu tempat. Terus dapat berbincang dan capai kata sepakat. Nak berkumpul semula agak susah, nak tunggu raya baru ada semua waris, itupun kalau semua balik kampung. Akibatnya, tuntutan harta pusaka mengambil masa bertahun-tahun lamanya dan akhirnya dibiarkan beku tanpa ada sebarang tuntutan.

Selesaikan segalanya dengan cepat.

HUBUNGI KAMI

 

 

 

 

No 1, 1st Floor, Susuran Senangin,

Pusat Perniagaan Shahab Utama,

Lebuhraya Sultanah Bahiyah,

05350 Alor Setar, Kedah

 04-7327003/7005           

 +60133488905

 assacio13@gmail.com

 

 

©2026 Adilah Salleh Associates. All Rights Reserved.

Search