Jika anak anda masih di bawah umur 18 tahun. Perkara yang perlu anda sedia maklum apa akan berlaku sekiranya anda atau pasangan anda meninggal dunia, antaranya;
■ Anak di bawah umur tidak boleh "menerima" harta pusaka selagi umurnya tidak mencapai 18 tahun. Pemegang Amanah perlu dilantik sebagai menggantikan anak tersebut.
■ Bagaimana anda atau pasangan anda akan menguruskan proses tuntutan harta pusaka anda? Tahukah mereka bagaimana prosedurnya? Di mana hendak dimulakan?
■ Jika anda tiada anak lelaki, anda boleh menggunakan instrumen hibah untuk memberikan harta kepada dia ketika anda masih hidup. Harta tersebut akan diperolehi setelah anda meninggal dunia. Anda juga perlu melantik Pemegang Amanah untuk memegang aset tersebut sehingga anak itu cukup umur 18 tahun.
■ Jika anda mengambil anak angkat, boleh juga menggunakan instrumen hibah sebagaimana di atas. Wasiat boleh juga digunakan, namun hanya tertakhluk kepada nilai tidak melebihi 1/3 bahagian. Jika pemberian melebihi 1/3 bahagian, lebihan ini perlu mendapat persetujuan di kalangan waris.
--------------------------------
Permudahkan urusan waris anda. Buatlah perancangan harta. Gunakan instrumen hibah atau wasiat 1/3 untuk memberikan harta kepada mereka.


